suria

Wanita terjun dari kapal peranginan masih hilang

Imej Schofoeld (bulatan merah) sebelum tenggelam.

NATASHA Schofield kelihatan gembira selepas selesai makan malan bersama keluarganya di atas sebuah kapal peranginan mewah.

Selepas itu dia dan suaminya berjalan di mengelilingi dek sambil melihat pemandangan di tengah laut dan tiba-tiba Schofield bertindak terjun dari kapal tersebut.

Suami wanita itu terkejut dan cuba menyelamatkannya, namun dia secara pelahan-lahan tenggelam di tengah laut.

Inspektor Polis Queensland Rob Graham berkata, pasangan itu dilaporkan bahagia dengan percutian ini dan insiden itu masih menjadi tanda tanya.

Schofield bersama suaminya (kanan).

"Suaminya berada dis ebelah sebelum dia bertindak terjun ke laut.

"Suaminya cuba memaut tangan wanita itu, namun dia tetap jatuh."

Schofield berada di atas kapal percutian itu bersama suami dan tiga orang anaknya.


Insiden mengejutkan itu mengejutkan pelancong lain yang berada di atas kapal tersebut dan memakan masa dua hari untuk kembali ke Brisbane.

Pihak pengurusan kapal terpaksa menghentikan pencarian wanita itu selepas menerima nasihat daripada pasukan marin pada pukul 8 pagi Jumaat.

Kapal tersebut berlepas dari pangkalan di Brisbane pada Ahad lalu.

terjun kapal

Artikel Lain