suria

Duit dah dapat tapi sanggup palsukan kematian anak

Tumor di mata Yaya sudah merebak ke otak.

HENAN: Sepasang ibu bapa warga China yang merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos perubatan anak mereka yang disahkan menghidap tumor di mata didakwa enggan menggunakan wang tersebut untuk membiayai rawatannya.

Pasangan yang berasal dari wilayah terpencil di Taikang itu dikatakan memohon sumbangan berjumlah 150,000 yuan (RM 92,750) bagi merawat anak kecil mereka bernama Yaya yang menghidap tumor di mata.

Bagaimanapun, setelah wang berjaya dikumpul, ibu bapa kanak-kanak berusia tiga tahun itu enggan membawanya ke hospital bagi menjalani kemoterapi dengan alasan rawatan tersebut terlalu menyakitkan dan mahal.

Sementara itu, Yangtse Evening Post mengatakan pasangan terbabit mengeluarkan 23,000 yuan (RM 14,221) dari jumlah yang diterima.

Namun tidak dapat dipastikan untuk tujuan apa wang tersebut dikeluarkan.

Apabila didesak penderma agar Yaya dibawa ke hospital segera, si ibu tergamak mereka cerita anak itu telah meninggal dunia.

Malah mereka turut meminta sumbangan sebanyak 600 yuan (RM 371) untuk menguruskan 'mayat' Yaya.

Laporan polis telah dibuat penderma yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan itu dan anak kecil itu kini menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan.

Namun malangnya doktor mendapati Yaya tidak lagi dapat dirawat melalui pembedahan atau kemoterapi kerana tumor telah merebak ke bahagian otak.

Yaya, tumor mata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain