suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit mental ugut anak kapal, pesawat Air China mendarat tanpa jadual

BEIJING: Penerbangan Air China ke Beijing melakukan pendaratan tidak berjadual di bandar Zhengzhou, China tengah hari Ahad selepas seorang penumpang mengancam anak kapal dengan sebatang pen.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman webnya, Jabatan Penerbangan Awam China berkata, seorang penumpang lelaki yang berada dalam pesawat Air China 1350, cuba menggunakan pen dan memegang petugas penerbangan tanpa keizinan.

Bagaimana pun penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis China berkata, siasatan awal mendapati penumpang berusia 41 tahun, yang hanya dikenali dengan nama terakhirnya Xu, mempunyai "sejarah penyakit mental".

Penerbangan itu berlepas dari Changsha, ibu kota wilayah Hunan selatan pukul 8.40 pagi dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada kira-kira 11 pagi.

Namun pesawat itu membuat pendaratan tidak berjadual itu pukul 9.58 pagi berikutan insiden tersebut.

Air China berkata pesawat itu membuat hentian tidak berjadual kerana tindakan keselamatan awam.

Psakit mental, Air China

Artikel Lain