suria

Pinggan papar wajah Meghan, tapi pasangannya 'lelaki misteri'

Pinggan tanda kenang-kenangan yang memaparkan wajah Meghan tetapi pasangannya bukan Putera Harry. Foto ModernChintz/Etsy

BANYAK produk berbentuk peringatan dihasilkan sempena sambutan hari perkahwinan pasangan diraja Britain, Putera Harry bersama pelakon, Meghan Markle.

Pelbagai koleksi cenderamata dijual sebagai tanda kenang-kenangan dan mengaut keuntungan sempena hari bersejarah itu.

Bagaimanapun, sebuah pinggan yang dijual secara dalam talian memaparkan bakal pengantin, Meghan Markle, bersama seorang penyanyi terkenal... Ed Sheeran.

Ia kelihatan begitu pelik kedua-duanya digandingkan bersama.

Bekas chef diraja, Darren McGrady mengesan pinggan tersebut dan meluahkannya di Twitter.

"Kepada tanda kenang-kenangan #PrinceHarry (#PuteraHarry) dan #MeghanMarkle. Hanya fikirkan sesetengah syarikat patut membuat semakan terlebih dahulu."

Pinggan memaparkan wajah Meghan bersama Ed Sheeran. Foto ModernChintz/Etsy

Menurut satu komen: "Bila anda hanya ada satu kerja sahaja, dan melakukannya dengan salah."

Namun penjual itu tampil dan menjelaskan bahawa barangan yang memaparkan Ed Sheeran bermaksud sebagai satu gurauan.

Pinggan yang dijual di Etsy oleh Lucy Bryant, yang mengendalikan kedai ModernChintz sepatutnya menjadi membawa mesej lucu berbanding tanda kenang-kenangan seperti kebiasaan.

Berharga £25 (RM137), ia dijual dengan keterangan: "Menyambut perkahwinan tahunan bersama pinggan China yang memaparkan potret Putera Harry dan Meghan Markle. - Mirror UK

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Lain