suria

Bunuh ibu, kawan baik secara langsung di Facebook

Casey James Lawhorn

SEORANG pemuda yang dipercayai membunuh ibu sendiri dan kawan baiknya secara langsung di Facebook ditemui mati.

Pihak berkuasa Jasper, Randy Johnson berkata, satu mayat ditemui di Vossburg, Missisippi yang dipercayai Casey James Lawhorn.

Mayat tersebut ditemui lebih kurang 100 ela daripada kereta milik Lawhorn di Interstate 59, selepas sejam dia membunuh ibunya Vi Lawhorn dan kawan baiknya Avery Gaines di East Ridge, Tenn.

Pada Ahad, Lawhorn menyiar secara langsung bagaimana dia menembak kepala Gaines,22, ketika sedang tidur di kerusi ruang tamu rumahnya.

Vi Lawhorn

Selepas itu, Lawhorn memberitahu senapangnya tidak berfungsi ketika cuba menembak ibunya diikuti dua tembakan terlepas sasaran keadaan bilik yang gelap.

"Dia mula menjerit dan bunyinya sangat teruk.

"Dia menjerit 'kamu tembak saya!Kamu bunuh saya! Kenapa?," katanya.

Sebelum mematikan siaran langsung di Facebooknya, Lawhorn berkata: "Sudah pasti manusia normal akan merasakan mati selepas melakukan seperti ini, melihat apa yang dilihat,  mendengar apa yang didengar.

"Semua itu sudah menunggu saya dipenjara, atau mungkin hukuman gantung.

"Saya telah menghabiskan banyak masa memikirkan pembunuhan, dan tertanya-tanya 'rasanya' seperti apa. Tetapi saya tidak merasa apa-apa."

Bunuh, ibu, kawan baik, FB

Artikel Lain