suria

Lelaki terima 'padah' makan cili terpedas di dunia

Chef Rodrigo Recio bersama cili 'Carolina Reaper' yang menyebabkan seorang lelaki dikejarkan ke hospital kerana diserang sakit kepala teruk. -fotoSWNS

SEORANG lelaki terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan kerana mengalami sakit kepala dan leher teruk selepas makan cili paling pedas di dunia.

Lelaki berusia 34 tahun itu mengalami gejala yang menyiksa dirinya selepas mencuba 'Carolina Reaper' semasa pertandingan makan cili, dedah pasukan perubatan.

Imbasan menunjukkan beberapa arteri di otaknya telah mengecil buat sementara waktu, menyebabkan dia mengalami 'thunderclap headaches'.

Ia adalah jenis sakit kepala yang berlaku sepantas petir, tiba-tiba dan amat menyakitkan.

Doktor telah memberi amaran bahawa mengambil bahagian dalam pertandingan makan cili boleh membuatkan seseorang berdepan akibat yang tidak dijangka, butir-butir kejadian ditulis dalam penerbitan jurnal Laporan Kes BMJ.

Lelaki itu, yang belum dikenal pasti, mula-mula mula mengalami masalah nafas kering selepas makan cili, kata penulis Amerika Syarikat dalam kertas laporan itu.

-foto SWNS

Pada hari berikutnya, dia mengalami sakit leher dan sakit kepala yang teruk. Ia sangat menyakitkan sehingga dia mendapatkan rawatan kecemasan dan dia diuji dengan pelbagai keadaan neurologi yang mana hasilnya kembali negatif.

Bagaimanapun imbasan CT menunjukkan beberapa arteri di dalam otak lelaki itu telah menyempit dan dia didiagnosis dengan sindrom cerebral vasoconstriction (RCVS).

Keadaan ini, penyempitan arteri sementara, sering disertai dengan sakit kepala 'thunderclap' yang boleh disebabkan oleh preskripsi ubat-ubatan atau dadah.

Tetapi penulis mengatakan ini adalah kali pertama ia dikaitkan dengan makan cili pedas.

Gejala yang dialami lelaki itu sembuh dengan sendirinya dan pemeriksaan CT lima minggu kemudian menunjukkan saiz arterinya kembali biasa.

Cili paling pedas dalam Guinness World Record dipegang oleh Syarikat PuckerButt Pepper di Amerika Syarikat untuk cili Carolina Reaper Smokin Ed, yang mempunyai purata 1,569,300 unit skala kepedasan Scoville.

Lada Jalapeno lazimnya mempunyai kadar antara 2,500 hingga 5,000 unit kepedasan. -metroUK

Carolina Reaper, terpedas dunia

Artikel Lain