suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktres Thai maut nahas kereta rempuh pokok

BANGKOK: Aktres Thailand maut apabila kereta mewah yang dipandunya merempuh pokok di wilayah Ayutthaya dekat sini.

Kejadian pada pagi Sabtu itu mengorbankan Natnicha Cherdchubupphakaree yang terkorban di tempat kejadian di laluan lebuh raya No 9, Saraburi di Tambon Chiang Rak Noi, daerah Bang Pa-in.

Polis mengesyaki kereta BMW  yang dipandu mangsa sedang memecut laju hingga hilang kawalan di laluan yang licin selepas hujan lebat.

Pelakon berusia 21 tahun yang lebih popular sebagai "In" menerusi wataknya dalam siri televisyen sejak 2002 hingga 2006 di Saluran 7.

Natnicha kemudiannya menceburi bidang nyanyian dan menghasilkan tiga album, bagaimanapun pembabitannya dalam seni semakin pudar.

Mendiang pernah membintangi filem sebagai pelakon pembantu seperti Kankrai, Khai dan Pha Mai.-TheNation/AsiaNewsNetwork

Natnicha

Artikel Lain