suria

Berlian 300 tahun warisan diraja Eropah dilelong

BERLIAN yang diwarisi sejak turun temurun menjangkau 300 tahun dalam kalangan kerabat diraja Eropah bakal dilelong bulan depan.

Pusat lelongan Sotheby di London mengesahkan Farnese Blue akan tersenarai untuk acara lelongan itu.

Nilai batu kelabu gelap dan biru yang diperoleh dari lombong berlian Golconda, India itu dijangka mencecah antara AS$3.7 juta (RM14 juta) hingga AS$5.3 juta (RM20.5 juta).

Barang kemas 6.1 karat itu menjadi milik Elisabeth Farnese, anak perempuan kepada Duke of Parma pada 1715 apabila menikahi Philip V dari Sepanyol.

Ia kemudiannya diwarisi lebih tujuh generasi dan hasil perkahwinan yang meliputi keluarga sekitar Eropah seperti Sepanyol, Perancis, Itali dan Austria.

"Selama ini ia disimpan rapi dalam bekas barang kemas, kecuali dalam kalangan ahli keluarga dan juga pengendali barang kemas diraja, tiada siapa yang tahu mengenai kewujudannya," kata pihak Sotheby.

Mengikut jadual, berlian berharga itu akan dijual menerusi acara lelongan di Geneva pada 15 Mei ini.-TheJakartaPost



Farnese Blue

Artikel Berikut

Artikel Lain