suria

Enggan terima permohonan maaf, pemandu teksi dibelasah

SEOUL: Seorang pemandu teksi berusia 64 tahun dibelasah dengan kejam oleh penumpang sebuah kereta mewah selepas berlaku perlanggaran kecil, lapor Balai Polis Yongin pada Ahad.

Mangsa memberitahu polis bahawa keretanya diletakkan di lorong ketika kereta mewah itu melanggar teksinya sewaktu cuba meletak kereta di tempat yang sama pada pukul 2 pagi, 22 Mac lalu.

Pemandu berusia 31 tahun dan penumpang, 31, dilaporkan mendekati pemandu teksi itu dan meminta maaf serta turut menawarkan bayaran ganti rugi.Pemandu teksi tersebut dilaporkan menolak wang ganti rugi itu selepas menghidu bau alkohol pada nafas pemandu terbabit. 

Pemandu teksi itu mendakwa bahawa dia cuba menelefon polis apabila penumpang kereta mewah itu mula memakinya secara lisan dan memukulnya secara fizikal.

Ketika mangsa cuba menghubungi polis untuk melaporkan kejadian itu, pemandu terbabit melarikan diri, namun penumpang tersebut masih membelasah mangsa sehingga pihak polis tiba.

Polis kemudiannya menahan suspek (pemandu) tiga hari selepas insiden tersebut berlaku, tetapi suspek menafikan ada mengambil alkohol pada hari kejadian.

Pemandu itu didakwa atas kesalahan melanggar undang-undang trafik dan langgar lari, manakala penumpangnya pula dituduh melakukan serangan fizikal. - The Korea Herald/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain