suria

Tembak diri sendiri selepas van dinaikinya rempuh orang ramai

Pasukan kecemasan di lokasi kejadian. Foto Twitter hoelleinhimmel

SEORANG lelaki menembak dirinya sendiri selepas merempuh orang ramai menggunakan van di Munster, Jerman.

Insiden itu mengorbankan tiga orang dan lebih 30 cedera, di mana enam daripadanya dalam keadaan kritikal.

Pemandu tersebut dikenali sebagai Jens Handlen, warga Jerman berusia 48 tahun.

Ketika kejadian, suspek memandu laju sebuah van dan merempuh di kawasan di luar beberapa restoran.

Suspek bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah atau latar belakang keganasan.

Dia yang bekerja sebagai pereka grafik menetap di bandar itu, menerima rawatan kerana masalah kesihatan mental pada 2014 dan 2016.

Malahan, dia terselamat daripada cubaan bunuh diri.

Polis melakukan siasatan di rumah suspek selepas serangan itu dan mengesahkan tiada suspek lain dikehendaki.

Setakat ini, tidak dipastikan sama ada kejadian bermotifkan keganasan atau tidak. - Mirror UK

Artikel Lain