suria

Menara Trump terbakar, seorang maut

Menara Trump di tingkat 50 bangunan itu terbakar. Foto Peter Gerber/Mail Online UK

KEBAKARAN berlaku di tingkat atas di Menara Trump milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di New York.

Kejadian berlaku di tingkat 50 menara itu yang turut memuatkan unit kediaman, pada kira-kira pukul 6 petang Sabtu waktu tempatan (6 pagi Ahad waktu Malaysia).

Kepulan asap tebal dapat dilihat dari Menara Trump dan beberapa serpihan jatuh di jalan Fifth Avenue.

Menurut sumber Jabatan Polis New York (NYPD) kepada DailyMail.com, seorang lelaki meninggal dunia dalam kejadian itu selepas dibawa ke Hospital St Luke kerana kritikal.

Empat anggota pasukan bomba turut mengalami kecederaan dalam usaha memadamkan kebakaran.

Menurut NBC4, semasa sidang akhbar di tempat kejadian, Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York (FDNY), Daniel Nigro pada sidang media di lokasi kejadian berkata, unit apartmen tersebut hampir sepenuhnya terbakar sebaik pasukan bomba tiba.

"Mereka memadamkan api, dan menemui seorang penghuni," kata Nigro.

"Seperti yang anda boleh bayangkan, apartmen itu agak besar, kami berada di tingkat 50. Selebihnya bangunan itu dilanda banyak asap. 200 ahli bomba dan ahli EMS (perkhidmatan perubatan kecemasan) berada di tempat kejadian. '

"Kami mendapati kebakaran berlaku di tingkat 50. Apartment itu sepenuhnya terbakar," tambah Nigro. 

Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 7.45 malam Sabtu waktu tempatan (7.45 pagi Ahad waktu Malaysia).

Trump mempunyai pejabat dan kediaman di bangunan itu.

Ketika kejadian, Presiden AS itu bagaimanapun berada di Washington D.C. - Mail Online UK

Menara Trump

Artikel Berikut

Artikel Lain