suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tetamu Aurora Station menginap secara terapung menjelang 2022

CALIFORNIA: Hotel berbentuk kapsul pertama dunia akan beroperasi di angkasa lepas menjelang 2022.

Syarikat Orion Span mengumumkan, pihaknya akan melancarkan hotel itu pada 2021 tetapi mula dibuka kepada orang ramai menjelang  2022.

Hotel yang dikenali sebagai Aurora Station itu bagaimanapun cuma mampu menempatkan enam orang iaitu empat pengunjung dan dua anak kapal pada satu masa.

“Kami membangunkan Aurora Station bagi menyediakan destinasi dan penginapan luar biasa di angkasa lepas yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Orion Span, Frank Bunger.

Ia merupakan sebuah hotel luar biasa memandangkan tetamu akan menginap dalam keadaan terapung selama 12 hari menginap di situ.

Bagaimanapun, kos penginapan bagi setiap individu bukan murah kerana mencecah AS$9.5 juta (RM36 juta) termasuk tiket pergi dan balik dari angkasa lepas selain dikehendaki membayar wang deposit sebanyak AS$80,000 (RM310,000).

Bagi memastikan keselamatan, setiap tetamu perlu menjalani latihan berada di angkasa lepas di sebuah pusat perkhidmatan Orion Span di Houston, Texas dekat sini.

Aurora Station

Artikel Berikut

Artikel Lain