suria

Kurungan lengkap pendingin udara 'rumah' anak sejak 26 tahun

KOBE: Kurungan berukuran satu meter tinggi dan lebar anntara 0.9 meter hingga 1.8 meter menjadi 'rumahnya' sejak 20 tahun lalu.

Penghuni kurungan kayu itu bukan haiwan, sebaliknya pesakit mental yang dikurung bapanya ketika usianya 16 tahun.

Kini berusia 42 tahun dan masih ditempatkan dalam binaan itu di kediaman keluargannya di Sanda, Hyogo.

Susulan itu, seorang lelaki Yoshitane Yamasaki telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Kejadian yang berlarutan selama 26 tahun itu terbongkar apabila jururawat berkunjung ke kediaman suspek bagi merawat isteri lelaki berusia 73 tahun itu.

Siasatan awal mendapati, Yamasaki mengurung anak lelakinya selama 36 jam bermula jam 10 pagi kerana anaknya dikatakan sukar mengawal emosi dan perlakuannya.

Bagaimanapun, tanggungjawabnya sebagai bapa tetap dilaksanakan apabila dia memandikan dan memberi makan kepada anaknya.

"Kurungan itu juga dilengkapkan dengan pendingin udara," katanya.

Pada Disember lalu, polis menahan sepasang suami isteri kerana mengurung anak perempuan mereka yang berusia 33 tahun dalam bilik di Osaka selama 15 tahun.

Anak malang itu bagaimanapun maut akibat kesejukan dan beratnya hanya 19 kilogram.-JapanToday

Kobe, Yamasaki

Artikel Lain