suria

Bimbang Diserang Pengganas, Unit Elit Kawal Majlis Harry-Meghan

MAJLIS perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle akan dikawal pasukan penembak hendap yang dilengkapkan dengan peluru berteknologi tinggi.

Lebih menarik lagi apabila peluru itu berkeupayaan beralih arah ketika dalam pertempuran.

Unit elit itu juga akan membawa senapang terkini serta senjata pintar terbaharu untuk melindungi pasangan itu jika berlaku serangan pengganas.

Pasukan itu, Exacto - Ordinan Tindakan Ketepatan Ekstrem mula menjalani latihan untuk hari bersejarah itu menggunakan peluru .50 kaliber yang mempunyai sistem panduan rahsia, lapor Daily Star Sunday.

Penembak hendap biasanya mampu menepati sasaran 90 peratus pada jarak sehingga 600 meter dan dengan penggunaan peluru pintar itu, kejauhan tembakan boleh mencecah 2,000 meter.

Senjata itu telah digunapakai di Amerika Syarikat (AS) selepas ia direka bagi membantu pasukan penembak hendap menepati sasaran dalam situasi angin kencang dan habuk ketika bertugas di Afghanistan.

Firma senjata milik pertahanan AS, Darpa menggambarkan senjata itu sebagai mempunyai kelebihan menepati sasaaran dengan sistem yang dilengkapinya dan mampu beralih arah pada situasi tertentu.

Persiapan rapi dirangka kerana bimbang pengganas menyerang majlis yang akan berlangsung Mei ini.

Bagi memastikan semua berjalan lancar, pasukan elit itu akan dipecahkan kepada beberapa lokasi dengan penampilan berbeza termasuk berpakaian umum.

Menurut orang dalam pasukan itu, kawalan keselamatan adalah sangat ketat kerana majlis itu akan dihadiri ramai tetamu kehormat dari seluruh dunia.

"Setiap VIP akan mempunyai pengawal keselamatan sendiri dan sebab itu juga pasukan khas akan memfokuskan kepada Harry dan Meghan.

"Sebarang rancangan serangan pengganas pada majlis itu akan cuba dipatahkan sebelum ia berlaku," katanya.

Petugas dalam pasukan elit itu melibatkan anggota berpengalaman yang pernah berkhidmad di Iraq dan Afghanistan.

Malahan, pasangan pengantin juga telah mememui mereka untuk mengucapkan terima kasih kerana usaha mereka untuk menjamin keselamatan sepanjang majlis perkahwinan itu nanti.-Mirror.uk





Exacto, Harry, Meghan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain