suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Singa Ratah Badan Pemburu, Tinggal Kepala

Gambar hiasan. -fotoGetty

SEORANG lelaki, disyaki penceroboh dimakan sekumpulan singa berhampiran sebuah taman negara di Afrika Selatan.

Kepala dan beberapa sisa lain ditemui di taman permainan berhampiran Taman Negara Kruger, dekat bandar utara Hoedspruit, Sabtu pagi.

Polis, yang kini menyiasat identiti mangsa, menemui senapang memburu yang masih berpeluru di kawasan berhampiran.

"Mangsa dipercayai pemburu yang menceroboh taman permainan ketika dia diserang dan dibunuh oleh beberapa ekor singa," kata jurucakap polis, Moatshe Ngoepe.

"Kumpulan haiwan itu telah makan badannya, hampir semua dan hanya meninggalkan kepalanya dan beberapa sisa lain."

Haiwan-haiwan di taman permainan itu sering diburu secara haram dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Singa adalah sasaran yang popular, dengan bahagian badan haiwan ini digunakan dalam ubat tradisional Afrika Selatan.

Beberapa ekor singa dijumpai diracun berhampiran ladang di rantau yang sama tahun lalu, dengan kepala dan kaki dipotong.

WWF menganggarkan kini hanya terdapat hanya 20,000 singa Afrika di alam liar.

Ini bermakna mereka secara rasmi dikelaskan sebagai 'terdedah kepada bahaya'.

Haiwan lain yang sering disasarkan oleh pemburu di taman di Afrika Selatan adalah badak, bagi memenuhi permintaan semakin tinggi untuk tanduknya di China, Vietnam dan negara-negara Asia yang lain. -Sky News

singa, Taman Negara Kruger

Artikel Lain