suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Mengemis Kumpul Dana Bina Tandas

SEORANG wanita di Bihar yang hidup dalam kemiskinan mengemis bagi mengumpul dana untuk membina tandas di rumahnya.

Amina Khatoon, penduduk di kampung Pathra Uttar  di wilayah Koshi, India yang sering dilanda banjir telah meminta bantuan jirannya bagi menyumbang untuk pembinaan kemudahan itu.

Tersentuh dengan usaha yang dilakukannya, beberapa buruh yang membina tandas itu rela menjalankan kerja secara percuma.

Malahan, tindakannya itu juga mendapat pujian pihak berkuasa tempatan dan Amina telah diraikan dalam majlis khas di kampungnya kerana usahanya yang dianggap unik itu.

Balu yang berusia lewat 40an dan ibu kepada seorang kanak-kanak itu bekerja sebagai buruh untuk menampung kehidupannya.

Menurut Amina, dia telah menemui beberapa pegawai kerajaan untuk mendapatkan dana bagi membina tandas tetapi permintaannya tidak dilayan.

Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan jirannya bagi memenuhi hasratnya untuk memiliki tandas di kediamannya.-IndiaToday





Bihar, tandas

Artikel Lain