'Diskriminasi Terhadap Orang Cina', Kedai Bebas Cukai Di London Mohon Maaf - Dunia | mStar

'Diskriminasi Terhadap Orang Cina', Kedai Bebas Cukai Di London Mohon Maaf

Terminal 4, Lapangan Terbang Heathrow, London. -foto Wikimedia Commons

LONDON: Sebuah syarikat bebas cukai yang memiliki kedai di Lapangan Terbang Heathrow memohon maaf pada Isnin selepas pelanggan Cina mendakwa ia mengamalkan diskriminasi dalam pelaksanaan program baucar VIPnya.

"Sebagai sebuah syarikat global, kami komited melayan semua pelanggan kami dengan penuh hormat dan dengan cara yang konsisten serta adil.

"Kami ingin menzahirkan permohonan maaf kami yang tulus ikhlas kepada pelanggan yang kami hargai," kata World Duty Free dalam satu kenyataan seperti yang dipetik oleh agensi berita China Xinhua.

Pengguna media sosial Cina mendakwa pelanggan Cina perlu membelanjakan lebih £1,000 (RM5,450) sebelum layak mendapat baucar diskaun di cawangan World Duty Free sedangkan pelanggan dari negara lain hanya perlu membelanjakan £79 (RM430) untuk menerima baucar diskaun 20 peratus itu.

Kenyataan itu adalah yang kedua dikeluarkan oleh syarikat tersebut sejak pertikaian berkaitan dakwaan diskriminasi menjadi tular sejak beberapa hari lepas.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi kandungan dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina kenyataan itu, yang dikeluarkan pada Isnin menerusi Facebook.

Teks dalam bahasa Inggeris tidak menyebut pelanggan Cina secara jelas dan hanya menyebut tentang pelanggan atau 'semua pelanggan yang kami hargai' manakala versi bahasa Cina, yang dikeluarkan segera selepas versi bahasa Inggeris, ada menyebut 'pelanggan Cina'.

Syarikat itu tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk memberikan penjelasan sama ada ia telah mendiskriminasikan pelancong Cina.

Kenyataan itu dibuat berikutan tekanan daripada masyarakat Cina yang menyuarakan kemarahan mereka di media sosial.

Kenyataan pertama, yang dikeluarkan pada Isnin menerusi Twitter, telah menzahirkan permohonan maaf namun gagal memberikan penjelasan penuh.

"Program VIP direka untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan dalam tempoh tertentu pada tahun ini dengan menawarkan satu insentif menarik bagi pembelian kedua.

"Selepas penilaian sendiri yang terperinci dan kajian lanjut, kami telah mengambil langkah segera untuk membetulkan pelaksanaan promosi ini," demikian menurut kenyataan terbaru World Duty Free, yang berpangkalan di Bern, Switzerland. -Bernama

pelanggan Cina , Heathrow , bebas cukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain