suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Maut Kereta Api Tergelincir

Keadaan kereta api yang tergelincir di Milan pada Khamis. Foto Reuters

SEBUAH kereta api tergelincir dekat Milan, Itali pada pagi Khamis, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang.

Kejadian pada kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) turut mengakibatkan 10 orang cedera parah, dan lebih 100 lagi cedera ringan.

Menurut media tempatan, kereta api itu dalam perjalanan dari Cremona ke Garibaldi di Milan ketika ia tergelincir antara Segrate dan Piotello.

Stesen Rai Radio1 melaporkan bahawa sekurang-kurangnya enam orang terperangkap di salah sebuah gerabak.

Setakat ini, tidak dipastikan mengenai punca kejadian yang membabitkan kereta api di bawah operasi Trenord, tergelincir dari landasan.

Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian yang berlaku pada pagi Khamis. Foto Virgili del Fuoco

Syarikat itu menafikan spekulasi bahawa kereta api tersebut mengalami masalah teknikal.

Seorang jurucakap Ferrovie dello Stato, syarikat yang mengendalikan infrastruktur landasan kereta api di Itali mengesahkan kemalangan itu yang berlaku di Pioltello, kira-kira 40 kilometer dari Milan.

Keretapi itu meninggalkan Cremona pada pukul 5.32 pagi (12.32 tengah hari waktu Malaysia) menghala ke Milano Porta Gabribaldi yang sepatutnya dijadualkan tiba pada pukul 7.24 pagi (2.24 petang waktu Malaysia).

Ketika kejadian, ratusan penumpang menaiki kereta api itu. - Mail Online

kereta api

Artikel Sebelum

Misteri Budak Berseluar Dalam

Artikel Berikut

'Hujan Duit' Di Lebuh Raya AS

Artikel Lain