suria

'Hujan Duit' Di Lebuh Raya AS

LEBUH raya Amerika Syarikat (AS) dihujani wang kertas apabila sebuah kereta merempuh pembahagi jalan sebelum merempuh kenderaan lain.

Kereta itu membawa wang kertas AS$5, AS$10 dan AS$20 kutipan mesin judi video di laluan Illinois, demikian menurut laporan CNN.

Bagaimanapun, tidak diketahui jumlah keseluruhan wang yang bertaruran di lebuh raya itu.

Pemandu kereta itu dilaporkan memandu terlaju hingga hilang kawalan dan terbabas.

Kenderaan ke tiga yang cuba mengelak terlibat dalam nahas itu juga terbabas.

Susulan kejadian itu, polis bergegas ke lokasi dan mengutip wang kertas yang memenuhi lebuh raya itu.

Laluan itu juga ditutup selama beberapa jam bagi membolehkan pihak berkuasa mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

Kejadian itu juga mengakibatkan trafik sesak sejauh beberapa kilometer.

Laporan Fox News menyebut, salah seorang pemandu kenderaan terlibat dalam kemalangan itu telah dibawa ke hospital bagi merawat kecederaan yang dialaminya.

Illinois

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain