suria

Lelaki Pemalas Paksa Kekasih Bawa Baldi 'Kencing'

Gambar hiasan. Foto Getty/Mirror

SEORANG lelaki ganas yang digambarkan sebagai seorang pemalas dikatakan telah memaksa pasangannya membawa baldi ke katil bagi membolehkannya buang air kecil.

Perkara itu dimaklumkan di mahkamah di Swindon, United Kingdom.

Dean Hopcroft, 50, merupakan seorang yang kasar dan ganas sepanjang pasangan itu menjalinkan hubungan selama 10 tahun.

Salah seorang anak mangsa berkata, Hopcroft yang merupakan seorang tukang masak tidak pernah melayan baik ibunya.

Pendakwa, George Threlfall berkata: "Jika dia (Hopcroft) mahukan sesuatu, dia akan menghantar mesej kepada wanita itu supaya membawanya.

"Jika lambat memberi respons, dia akan menjerit atau menolak kekasihnya ke dinding atau lantai," katanya.

Di mahkamah, Hopcroft yang berasal dari Swindon mengakui kesalahan menyerang dan mengongkong.

Hakim, Robert Pawson menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atasnya. 

Hukuman penjara ditangguhkan selama dua tahun.

Hopcroft juga diarahkan untuk melengkapkan kursus mengenai hubungan. - Mirror

lelaki pemalas

Artikel Lain