suria

Pengunjung Selamatkan Pekerja Zoo Diserang Harimau

-fotoEast2West

PENGUNJUNG sebuah zoo berdepan saat ngeri apabila melihat seekor harimau Siberia yang besar menyerang seorang penjaga zoo.

Harimau tersebut menyerang seorang pekerja wanita ketika dia sedang membawa makanan untuk harimau berusia 16 tahun itu, dengan gambar-gambar menunjukkan dia terbaring ketika dirinya hampir dibaham.

Tetapi wanita berkenaan bernasib baik apabila orang ramai yang terkejut melihat kejadian itu menjerit, melempar batu, malah membaling meja dan kerusi dari kafe berdekatan untuk mengalih perhatian harimau itu yang dipanggil Taifun.

-fotoEast2West

Wanita itu berjaya lari ke bahagian selamat di kawasan tersebut.

Penjaga zoo dari Kaliningrad, Rusia yang tidak dinamakan itu cedera teruk di banyak bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital, tetapi dia dijangka selamat.

Seorang saksi berkata: "Mukanya berdarah. Dia menjerit dan cuba melawan binatang itu."

Pekerja zoo lain tidak dilihat ketika serangan berlaku dan jelas sekali tindakan pelawat telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa.

-fotoEast2West

Harimau Siberia itu, spesis terbesar di dunia sepatutnya dikurung di bahagian lain ketika wanita itu membawa makanannya.

Tetapi timbul masalah teknikal, menyebabkan haiwan itu yang digambarkan sebagai 'yang tua' dapat menyerang.

Seorang jurucakap berkata: "Haiwan itu memasuki kandang ketika penjaga ada di situ. Ia menyerang manusia."

Ketika mangsa bersembunyi, kakitangan zoo lain tiba di tempat kejadian dan menembak sedatif ke arah harimau tersebut.

Jurucakap kementerian kesihatan tempatan berkata mangsa berada dalam keadaan, keadaannya dinilai stabil tetapi kritikal. -metroUK

Harimau Siberia

Artikel Sebelum

Nak Kahwin Punya Pasal!

Artikel Berikut

Memang Awesome Mamat Ni!

Artikel Lain