suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Dua Tahun Mangsa Culik, Rogol Di India

NEW DELHI: Bagaikan jatuh ditimpa tangga, selepas menjadi mangsa diculik, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dirogol dua penculiknya dalam kejadian di sini, Jumaat.

Pada hari sama, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lima tahun juga dilaporkan menjadi mangsa rogol dalam kejadian berasingan.

Menurut laporan AFP, dua lelaki menculik kanak-kanak berumur dua tahun di Nagloi dan dirogol, sebelum dilepaskan di sebuah taman berdekatan rumah mangsa.

Ketua Polis Delhi Barat, Pushpendra Kumar pemeriksaan doktor mendapati mangsa dirogol sekurang-kurangnya sekali.

Satu operasi memburu suspek kini dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Dalam kejadian berasingan, kanak-kanak berumur lima tahun dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Anand Vihar.

"Baju mangsa koyak dan mempunyai kesan darah. Mangsa yang dijumpai orang awam kemudian memberitahu mangsa diserang secara seksual," kata pegawai polis di pekan itu.

Kedua-dua mangsa kini diletakkan di dalam penjagaan rapi.

India mempunyai 36,735 kes rogol ada 2014 dan 2,096 daripada kes tersebut berlaku di Delhi.

 

rogol, Nagloi, Pushpendra Kumar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain