suria

42 Maut Serangan Bom Berani Mati Di Masjid Nigeria

MAIDUGURI (Nigeria): Seramai 42 orang maut selepas sekumpulan pengebom berani mati melakukan serangan terhadap sebuah masjid di Maiduguri, di timur laut Nigeria pada Khamis.

"Kesemua orang di dalam masjid terbunuh. Tiada seorang pun yang terselamat," kata seorang saksi, Muhtari Ahmadu, yang juga seorang peniaga dekat lokasi kejadian.

Seorang aktivis yang menyokong pasukan keselamatan memerangi kumpulan militan Boko Haram berkata, dia telah membuat pengiraan sebanyak mayat.

"Kita mengira 42 mayat," kata aktivis, Amadu Marte.

Beberapa saksi berkata, kumpulan pengembom berani mati itu menyelinap masuk ke masjid dengan menyamar sebagai jemaah. 

Letupan bom berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan di Molai, kawasan pinggir bandar Maiduguri. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain