suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Turki Didakwa Tembak Jatuh Pesawat Pejuang Rusia

TENTERA Turki dilapor telah menembak jatuh pesawat pejuang Rusia yang bertindak memasuki ruang udara negara berkenaan, lapor Dailymail Online.

Portal berita itu mendakwa, laporan mengenai pesawat Rusia ditembak menjadi viral di laman sosial selepas saksi mendakwa ternampak berlaku letupan di ruang udara berhampiran Huraytan, utara Syria.

Khabar angin itu tersebar ketika hubungan antara barat dan Presiden Rusia, Vladimir Putin semakin tegang.

Pesawat Rusia yang ditembak jatuh dikatakan dalam misi memyerang kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Rusia setakat ini mendakwa telah berjaya melakukan 55 serangan terhadap sasaran yang menjadi pangkalan IS.


Turki, Syria

Artikel Lain