suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enjin Pesawat Singapura Hilang Kuasa Di Udara

PIHAK berkuasa udara Singapura dilaporkan sedang giat melakukan siasatan terhadap kejadian enjin sebuah pesawat negara tersebut yang hilang kuasa secara tiba-tiba ketika dalam penerbangan.

Insiden pada Sabtu lalu berlaku ketika penerbangan SQ836 dalam perjalanan dari Singapura ke Shanghai sebelum kedua-dua enjinya hilang kuasa.

Bagaimanapun, juruterbang dikatakan bijak mengendalikan pesawat apabila berjaya meningkatkan semula kuasa enjin.

Syarikat penerbangan pesawat berkenaan berkata, hasil pemeriksaan enjin mendapati tiada kerosakan dikesan setakat ini.

Berikutan itu, pihak berkuasa udara Singapura kini sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar enjin pesawat, Rolls-Royce dan Airbus untuk siasatan lanjut.

Kejadian kedua-dua enjin pesawat hilang kuasa jarang berlaku dalam industri penerbangan, bagaimanapun juruterbang telah dilatih untuk mengatasinya.

Singapura, Airbus, Rolls-Royce

Artikel Lain