suria

Penguatkuasa Perobohan Dan Pemindahan Ditetak Hingga Mati

SEORANG penguatkuasa yang terlibat dalam perobohan dan pemindahan ditetak hingga mati oleh seorang lelaki yang mendakwa melakukannya kerana dendam pada Selasa.

Dalam kejadian di Xi'an, wilayah Shaanxi, China, suspek mendakwa bertindak demikian kerana ingin membalas dendam kerana menjadi mangsa perobohan dan pemindahan yang diketuai mangsa.

Suspek, Hao Jianzong, 50-an dipercayai bertindak ganas selepas menunggu untuk membunuh mangsa sejak enam tahun lalu.

Penunggang motosikal teksi itu dikatakan menetak dan menikam mangsa menggunakan kapak dan pisau di hentian bas, sebelum mengambil surat khabar untuk mengelap percikan darah di hadapan orang ramai.

Dia kemudian memberitahu orang ramai telah menunggu begitu lama untuk membunuh mangsa. Suspek berjaya ditahan polis kerana tidak melarikan diri.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai pemindahan dan perobohan yang dilakukan mangsa terhadap suspek.

China, Xi'an

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain