suria

Inovasi TV Paling Nipis

Oled boleh dilekatkan pada dinding menggunakan pad magnet.

SEOUL: Senarai inovasi terbaharu terus bertambah dengan terciptanya televisyen paling nipis dengan hanya setebal satu milimeter dan beratnya cuma 1.9 kilogram.

Ciptaan terbaharu ini dihasilkan sebuah syarikat di sini, LG Display yang menjangka untuk memasarkan televisyen itu pada Julai atau Ogos depan.

"Ia diharap dapat meningkatkan pengeluaran serta promosi pada suku ketiga tahun ini,” kata Ketua Unit Perniagaan LG Display, Sang-Deog Yeo.

Televisyen itu menggunakan bahan polyimide bermolekul tinggi ketika menghasilkan panel fleksibel. Sebelum ini plastik konvensional digunakan untuk mengeluarkan panel berkenaan.

Penggunaan polyimide berjaya mencapai lekuk maksimum, sekali gus mengurangkan ketebalan televisyen yang dinamakan sebagai Oled TV.

Prototaip skrin paparan Oled TV yang dipaparkan syarikat itu boleh melekat dan ditanggalkan pada dinding menggunakan pad magnet.

Syarikat itu percaya Oled TV mampu mengungguli semua teknologi televisyen pada masa hadapan dengan warna yang terang, kontras yang cemerlang dan saiz lebih lebar.

LG Display, Sang-Deong Yeo, Seoul

Artikel Sebelum

Artikel Lain