Abraj Kudai Sasar Tetamu Elit

Abraj Kudai dengan 12 menara berasingan dijangka siap dua tahun lagi.

JEDDAH: Hotel mewah, Abraj Kudai yang akan dibina di bandar Makkah menyasarkan golongan elit sebagai pelanggannya.

Walaupun dijangka siap dua tahun lagi, pengurusan hotel itu dijangka meletakkan syarat kepada tetamu yang ingin menginap di situ.

Antaranya, tetamu harus memiliki akaun bank yang kukuh kerana sasaran hotel itu ialah golongan yang mampu tinggal di hotel empat dan lima bintang sahaja.

Lebih menarik lagi, daripada 12 menara berasingan yang dibina, hanya dua menara dikhaskan untuk tetamu yang mampu tinggal di hotel lima bintang, manakala bakinya untuk pelanggan yang memiliki bajet mencukupi untuk hotel empat bintang.

Abraj Kudai ini akan dilengkapkan dengan 10,000 bilik, 70 restoran, pusat beli-belah dan helipad, selain memiliki suite diraja, surau dan pusat konvensyen.

Bernilai AS$3.5 bilion (RM13 bilion), projek di tapak seluas 291,000 meter persegi itu dijangka mempunyai kubah utama yang terbesar dan tertinggi di dunia.

Disebabkan tapak hotel ini hanya 1.6 kilometer dari Masjidil Haram, ia dijangka menempatkan jutaan jemaah.

Abraj Kudai, Makkah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Inovasi TV Paling Nipis

Artikel Lain