suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Erdogan Bantu Selamatkan Morsi

Mohamed Morsi

AKHBAR Turki, Takvim melaporkan Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam proses untuk menyelamatkan bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi daripada menjalani hukuman mati yang dikenakan terhadapnya minggu lalu.

Laporan itu menyebut, Erdogan bersama perantara melibatkan pihak Arab Saudi dan Qatar cuba mendapatkan kebenaran untuk memindahkan Morsi dari Mesir ke Turki.

Menurut akhbar itu lagi, Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-sisi sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan pada masa sama berhasrat menyingkirkan Morsi.

Dilaporkan Al-Sisi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan, Sedqi Subhi untuk membincangkan isu berkenaan.

Mehlib dikatakan menyarankan supaya menghantar Morsi dalam buangan kerana negara itu akan berdepan bantahan di kalangan rakyat jika meneruskan dengan hukuman mati.

Erdogan, Mohamed Morsi, Turki

Artikel Lain