suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Antara 23 Ditahan Seludup Dadah Di Bosnia & Croatia

SARAJEVO: Empat pegawai polis antara 23 yang ditahan di Bosnia dan Croatia pada Khamis kerana terbabit dalam sindiket penyeludupan dadah, lapor pihak berkuasa keselamatan di sini.

Pegawai polis, Gojko Vasic berkata, seramai 17 suspek termasuk pegawai polis berkenaan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah dan memiliki senjata api secara haram.

Pihak berkuasa di Dubrovnik, sebuah bandar peranginan Croatia turut menahan enam suspek, menurut televisyen negara itu.

Polis mengesahkan operasi besar-besaran sedang digerakkan.

Stesen televisyen tempatan juga melaporkan suspek dipercayai membeli kokain, amphetamin dan ganja yang dijual kepada pelancong di sekitar bandar itu.

Kedua-dua Bosnia dan Croatia bergantung kepada laluan Balkan yang digunakan pihak penjenayah untuk menyeludup manusia, dadah dan senjata ke barat Eropah. AFP

Bosnia, Croatia, dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain