suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Rohingya Diarah Belayar Ke Destinasi Lain

SATUN: Penguatkuasaan lebih ketat oleh pihak berkuasa Thailand, Malaysia dan Indonesia menyebabkan kapal yang membawa pelarian Rohingya tiada tempat untuk dituju.

Pada awal pagi Jumaat sebuah kapal yang membawa kira-kira 450 orang  Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita, telah diarah keluar dari perairan Thailand setelah pihak berkuasa membekalkan mereka dengan barangan keperluan.

Dikatakan, keadaan orang Rohingya dalam kapal itu amat menyedihkan berikutan ada yang jatuh sakit dan banyak meninggal dunia berikutan berada di laut untuk beberapa bulan.

Kapal itu berlabuh di perairan wilayah Satun di sempadan Pulau Khai dan Tarutao untuk dibaiki dan pada pukul 3.50 pagi tadi, pihak berkuasa meminta kapal tersebut keluar dari perairan wilayah Satun dan dikatakan belayar menuju ke Aceh, Indonesia.

Sebelum mereka diminta meneruskan pelayaran, tentera laut Thailand telah memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka seperti makanan dan minuman serta  susu untuk kanak-kanak.

Selain itu, anggota tentera laut turut membaiki enjin kapal yang rosak.

Dechraj Simsiri, gabenor wilayah Satun berkata pihak berkuasa tidak membenarkan warga Rohingya memasuki Satun dan mereka hanya boleh memberi bantuan kemanusiaan iaitu makanan dan minuman.

Rohingya, Satun, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain