suria

Helikopter Tentera Udara AS Terhempas Di Nepal

KATHMANDU: Helikopter Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang hilang di Nepal sejak Selasa lepas, ditemui terhempas di Kalinchok, daerah Dolkha, kira-kira 50 km timur Kathmandu, pada Jumaat.

Bangkai helikopter itu dikesan di Dolkha, kata Mej Jen Binoj Basnet, daripada Tentera Darat Nepal.

"Bagaimanapun, maklumat lanjut belum diterima dan satu kontinjen tentera darat Nepal telah dihantar ke lokasi nahas, kata Basnet.

Helikopter UH-1Y Venom Tentera Udara AS itu sedang dalam misi bantuan kemanusian di Nepal ketika hilang di kawasan pergunungan pedalaman daerah Dolkha.

Enam anggota Marin AS dan dua anggota tentera darat Nepal berada di dalam pesawat malang itu dan tiada mangsa yang dilaporkan selamat setakat ini, kata Setiausaha Pertahanan Ishwari Poudel.

Nepal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain