suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Kedua Di Nepal, Berhampiran Everest

KATHMANDU: Gempa bumi berukuran 7.4 skala richter dilaporkan berlaku di Bandar Namche, berdekatan Gunung Everest pada Selasa.

Gegaran itu merupakan yang kedua selepas gempa bumi kuat melanda negara berkenaan sehingga mengorbankan 8,000 nyawa yang terdiri daripada penduduk dan pelancong pada 25 April lalu.

Gegaran terbaharu itu turut dirasai di Delhi, India dan Dhaka (Bangladesh) selain ibu negara Nepal sehingga mengejutkan orang ramai.

"Berlaku gegaran yang sangat kuat hari ini," kata seorang peniaga, Praksh Shilpakar kepada Reuters.

Orang ramai juga dilaporkan menjerit sambil berlari meninggalkan bangunan tinggi kerana khuatir berlaku runtuhan ketika kejadian berlaku.

Everest, Nepal

Artikel Berikut

Artikel Lain