suria

Tiga Pelancong Didakwa Ambil Gambar Bogel Di Angkor Wat

Angkor Wat di Kemboja. Foto AFP

PHNOM PENH: Tiga pelancong dihadapkan ke mahkamah Kemboja pada Isnin kerana didakwa mengambil gambar bogel di dalam kompleks kuil Angkor yang popular di negara itu, kata seorang pegawai pada Isnin.

Dua lelaki, masing-masing seorang warga Itali dan Argentina, serta seorang wanita warga Belanda ditahan selepas seorang pengawal mengesan mereka sedang mengambil gambar tidak senonoh di tapak warisan itu pada Ahad. 

"Mereka mengambil gambar dengan menunjukkan bahagian badan mereka yang berbogel," kata Long Kosal dari pihak berkuasa Apsara, agensi kerajaan yang menguruskan kompleks Angkor kepada AFP.

"Tindakan mereka itu mencemarkan imej kuih kami," kata Kosal.

Beliau menambah, kesemua mereka dihantar ke Siem Reap berhubung pertuduhan kerana melakukan kesalahan itu. - AFP

Angkor Wat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain