suria

Serangan Seksual:Mahkamah Tolak Rayuan Assange

Julian Assange

STOCKHOLM: Mahkamah Agung Sweden menolak rayuan pengasas WikiLeaks, Julian Assange untuk membatalkan perintah penahanan berhubung tuduhan serangan seksual.

Panel lima hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu secara majoriti apabila seorang daripadanya memutuskan waran tangkap wajar dibatalkan.

Assange, terkurung di Kedutaan Ecuador di London sejak Jun 2012 untuk mengelak diekstradisi ke Sweden yang mahu menyoalnya berhubung dakwaan serangan berkenaan.

Perintah penahanan itu dikeluarkan pihak pendakwa pada 2010.

Assange menafikan tuduhan terhadapnya dan enggan diekstradisi  kerana bimbang proses sama dibuat untuk menghantarnya ke Amerika Syarikat (AS).

Lelaki berusia 43 tahun ini berdepan kemungkinan dibicarakan bagi kebocoran maklumat terbesar dalam sejarah AS.

Dalam prosiding pada Isnin, mahkamah mengeluarkan kenyataan mengatakan keputusan pendakwa menyoal Assange di London seiring dengan perintah bagi mempertahankan perintah penahanan berkenaan.

“Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan ini kerana ia dibuat tanpa membenarkan kami membuat hujahan penutup," kata peguam Assange, Per Samuelson.

Pendakwa pada asalnya menegaskan Assange perlu ke Sweden untuk disoal siasat namun mengubah fikiran pada Mac lalu apabila bersetuju sesi itu diadakan di London.

Walaupun Stockholm membatalkan siasatan, Assange masih berdepan tindakan undang-undang oleh polis Britain kerana melanggar syarat jaminan ketika mahkamah negara itu mempertimbangkan kesahihan waran tangkap dikeluarkan Sweden. - Reuters


Julian Assange, Sweden, Ecuador

Artikel Lain