suria

Seludup Budak Guna Beg

SEKUMPULAN pegawai kastam di sempadan Sepanyol-Maghribi terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak berada di dalam beg yang diimbas.

Dalam kejadian di bandar Ceuta, Sepanyol itu, beg tersebut pada mulanya ditarik seorang gadis berusia 19 tahun yang ingin memasuki Sepanyol.

Bagaimanapun pihak kastam mula curiga apabila gadis tersebut kelihatan resah ketika pemeriksaan dilakukan.

Apabila beg tersebut dimasukkan ke dalam mesin pengimbas, pegawai kastam terkejut kerana kelihatan seperti manusia di dalamnya, walaupun mereka menyangkakan dadah.

Selepas beg tersebut dibuka untuk pemeriksaan lanjut mendapati, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berada di dalamnya.

Tanpa sempat pihak kastam berkata sesuatu, kanak-kanak berkenaan dengan lantas bersuara," hello, nama saya Abou."

Pihak polis yang telah melakukan siasatan kini berjaya menahan bapa kanak-kanak itu yang merupakan warga Ivory Coast.

Siasatan awal percaya kanak-kanak itu merupakan sebahagian daripada mangsa aktiviti penyeludupan warga asing ke Sepanyol.

Sepanyol, Maghribi

Artikel Berikut

Artikel Lain