suria

Parti Konservatif Dijangka Menang Pilihan Raya Umum Britain

Petugas pilihan raya umum Britain sedang mengira kertas undi yang dikeluarkan dari sebuah peti undi.

BERDASARKAN keputusan undian awal, Perdana Menteri, David Cameron yang mewakili Parti Konservatif dijangka berpeluang cerah untuk kembali memerintah di United Kingdom (UK).

Parti Konservatif dijangka memenangi 316 kerusi manakala Parti Buruh dengan 239 kerusi dan Parti Kebangsaan Scotland (SNP), 58 kerusi.

Keputusan undian yang dikeluarkan sebaik sahaja pusat pengundian ditutup malam Khamis turut menjangkakan Parti Demokrat Liberal memenangi 10 kerusi.

Parti Kemerdekaan UK, sebuah parti sayap kanan pula dijangka memenangi dua kerusi.

Sekiranya jangkaan itu tepat, Parti Konservatif masih kekurangan 10 daripada 326 kerusi yang perlukan untuk membentuk kerajaan majoriti di Parlimen.

Ahli Parlimen kanan Konservatif, Michael Gove berkata keputusan yang dijangka itu menunjukkan kemenangan yang jelas untuk parti tersebut.

"Sekiranya ia benar, ini bermaksud Parti Konservatif memenangi pilihan raya kali ini dan Parti Buruh tewas," katanya kepada agensi berita BBC.

Parti Konservatif, PRU Britain

Artikel Lain