suria

Pilihan Raya Umum Britain Berjalan Lancar

Cameron bersama isterinya, Samantha pada hari pengundian.

PILIHAN Raya Umum Britain berlangsung pada Khamis dengan 45 juta rakyat negara itu dijangka keluar mengundi di 50,000 pusat pengundian di seluruh United Kingdom.

Perdana Menteri, David Cameron yang mewakili Parti Konservatif bakal bersaing dengan Ed Miliband dari Parti Buruh.

Sebelum ini kedua-dua musuh politik berkempen menyakinkan pengundi untuk menerajui Britain.

Pada kempen terakhir Cameron malam tadi, beliau berjanji akan menyelesaikan masalah kemerdekaan Scotland yang dilihat menjadi agenda utama kempen Parti Buruh.

Bagaimanapun separuh daripada pengundi berkata, mereka masih belum pasti untuk mengundi siapa dan kemungkinan fikiran akan berubah menjelang pusat pengundian ditutup pada pukul 10 malam (6 pagi waktu tempatan).

Sementara itu media tempatan berpendapat, peluang kedua-dua mereka sama kuat dan saingan mereka juga turut diikuti oleh lima lagi calon dari lain-lain parti.

Cameron, Miliband dan Nick Clegg (ketua Demokratik Liberal) masing-masing dilihat keluar membuang undi bersama isteri masing-masing selepas pusat pengundian dibuka pada pukul 7 pagi (2 petang waktu tempatan).

PRU Britain

Artikel Sebelum

Seludup Budak Guna Beg

Artikel Berikut

Artikel Lain