suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Sederhana Landa Papua New Guinea

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana, berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah New Britain, Papua New Guinea, pukul 3.52 petang Jumaat, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu terletak 87km barat daya Kimbe, Papua New Guinea dan 3,659km tenggara Semporna, Sabah katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan, katanya.

Sementara itu, gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 11.12 pagi tadi menyebabkan gegaran sehingga dapat dirasakan di beberapa kawasan di Selangor.

Jabatan itu berkata pusat gempa itu berada di 22km timur laut Nias, Indonesia dan 441km barat daya Sabak Bernam, Selangor.

Perkembangan gempa bumi itu sedang dipantau oleh jabatan berkenaan, kata kenyataan itu lagi.
gempa bumi, Papua New Guinea

Artikel Berikut

Artikel Lain