suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Kedua Putera William-Kate Middleton Mungkin Diberi Nama Hari Ini

Kate Middelton (kiri) dan Putera William (kanan) bersama anak mereka yang baharu dilahirkan pada Sabtu.

ANAK kedua Putera William dan isteri, Kate Middleton yang baharu lahir mungkin diberikan nama pada Ahad.

Kate melahirkan anak kedua pasangan diraja Britain itu yang namanya masih belum diumumkan, pada pagi Sabtu (petang waktu Malaysia) di Hospital St Mary, London.

Portal Mirror melaporkan nama puteri bagi pasangan itu masih belum diberikan selagi bayi berkenaan belum dipertemukan dengan moyangnya, Ratu Elizabeth.

Menurut Istana Kesington dalam satu kenyataan, bayi kedua William dan Kate dilahirkan seberat 3.7 kilogram.

Pasangan diraja itu dikurniakan anak sulung mereka, Putera George pada Julai 2013.

Putera George dilahirkan di hospital yang sama di Hospital St Mary, London.

Bayi berkenaan adalah pewaris keempat dalam keluarga diraja Britain.





Putera William, Kate Middleton

Artikel Lain