suria

Wanita Dihalau Keluar Dari Pesawat

SEORANG wanita diarah keluar dari pesawat kerana mencucuk penumpang yang tidur berdengkur di sebelahnya menggunakan pen.

Lelaki yang duduk bersebelahan wanita itu tidur sebelum pesawat berlepas dan membuat aduan setelah wanita itu mencucuknya beberapa kali.

Insiden ini berlaku sebelum pesawat berlepas dari Chicago, Amerika Syarikat ke Manchester, England.

Jurucakap bagi Penerbangan Southwest, Brandy King berkata lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi wanita itu di keluarkan dari pesawat berkenaan dan ditempatkan dalam pesawat seterusnya.

"Pesawat itu berlepas sejurus selepas wanita itu dikeluarkan dan berada dalam perjalanan ke Manchester.

"Penumpang berkenaan akan ditempatkan dalam penerbangan yang seterusnya," kata Brandy.

Pesawat tersebut berlepas dari Chicago pada pukul tiga petang waktu tempatan.

Southwest, Chicago, Manchester

Artikel Sebelum

21 Terbunuh Di Libya

Artikel Lain