suria

Bekas Pesuruhjaya Polis Singapura Meninggal Dunia

Goh Yong Hong.
SINGAPURA: Bekas Pesuruhjaya Polis Singapura, Goh Yong Hong, meninggal dunia pada Jumaat pada usia 76 tahun. 

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata Goh menyertai SPF pada 1961 dan bersara pada 1992. 

Dalam tempoh perkhidmatan lebih 31 tahun, Goh menyandang pelbagai jawatan di bahagian darat polis dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Beliau menjadi timbalan Pesuruhjaya Polis (Operasi) pada 1976 sebelum memegang jawatan Pesuruhjaya Polis pada 1979. 

Dalam tempoh 13-tahun selaku Pesuruhjaya Polis, Goh melaksanakan dasar kepolisan komuniti. 

Skim Kawalan Jiran dan Majlis Pembanterasan Jenayah Nasional ditubuhkan pada 1981 di bawah selian beliau.

Bagi pihak SPF, Pesuruhjaya Polis, Hoong Wee Teck menyampaikan takziah kepada keluarga berkenaan. 

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Encik Goh atas sumbangan besarnya kepada SPF, kata Hoong.

Artikel Berikut

Artikel Lain