suria

Letupan Di Pulau Samui, Tujuh Cedera

SERAMAI tujuh orang termasuk seorang wanita warga Itali cedera selepas sebuah kereta meletup di tempat letak kereta pusat membeli-belah terkenal di Pulau Samui pada Jumaat.

Letupan itu berlaku pada pukul 11.30 malam di pusat membeli-belah Central Festival di Surat Thani.

Gabenornya, Chatpong Chatput berkata, bom tersebut diletakkan di dalam sebuah pikap.

Sementara itu, Komander polis Surat Thani, Apichart Boonsriroj berkata," polis masih belum jelas sama ada ia adalah bom kereta atau letupan gas. Skuad bom akan menjalankan siasatan penuh pada pagi Sabtu.

"Seramai tujuh individu cedera selepas terkena serpihan. Mereka semua telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital."

Tambahnya, daripada tujuh individu terbabit, enam mangsa merupakan warga Thailand manakala seorang lagi wanita warga Itali.

Pulai Samui, Thailand, Itali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

31 Maut Nahas Bas Di Maghribi

Artikel Lain