suria

31 Maut Nahas Bas Di Maghribi

RABAT: Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan sembilan cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah trak di bandar Tan-Tan di selatan Maghribi pada Jumaat, lapor agensi berita MAP.

Media tempatan melaporkan bahawa kebanyakan mangsa maut dalam bas yang terbakar sejurus selepas kemalangan berlaku. 

Ketika kejadian, bas berkenaan menuju dari Rabat, ibu negara Maghribi ke Laayoune.

Bilangan nahas jalan raya meningkat di Maghribi berikutan jumlah pemilikan kenderaan berganda sejak 15 tahun lalu.

Berdasarkan statistik, 10 orang maut meninggal dunia secara purata setiap hari dalam kemalangan jalan raya. - REUTERS

Artikel Lain