suria

Tasik Teller Kini Kolam Ikan Kap Emas Terbesar Di Dunia

SEBUAH tasik di Boulder, Colorado bakal menjadi kolam ikan kap emas terbesar di dunia apabila ia dipenuhi ikan peliharaan itu.

Tasik Teller pada asalnya tidak menjadi daya tarikan penduduk sehingga dijadikan lokasi membuang ikan peliharaan.

Bermula dengan empat atau lima ekor ikan kap emas dibuang ke dalamnya, kini tasik tersebut dihuni oleh 3,000 hingga 4,000 ikan kap emas.

Kehidupan baru itu turut mengubah suasana tasik berkenaan yang kini dilihat lebih cantik dengan aksi ikan kap emas di permukaan air.

Jurucakap Hidupan Liar dan Taman Colorado, Jennifer Churchill berkata, bagaimanapun pembiakan pantas ikan peliharaan yang dibuang itu telah turut menjejaskan kehidupan asal tasik berkenaan.

Jelasnya, keadaan itu memaksa mereka bertindak mengurangkan jumlah ikan kap emas berkenaan dengan melakukan renjatan elektrik di kolam tersebut.

Katanya, dengan usaha itu, pihaknya mampu mengawal ikan kap emas sedia ada daripada terus membiak dan memusnahkan keseluruhan hidupan asal tasik tersebut.

Ikan Emas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain