suria

Pengawal Trafik Udara Perancis Lancar Mogok Rabu

Lapangan terbang Charles de Gaulle, Paris merupakan antara lapangan terbang di Perancis.

PARIS: Sekumpulan pengawal trafik udara di Perancis bersedia untuk melancarkan mogok pada Rabu, yang akan mengakibatkan kira-kira 40 peratus penerbangan di ruang udara negara itu dibatalkan.

"Gangguan itu dijangka berlaku di seluruh negara," kata pihak berkuasa penerbangan awam Perancis, DGAC, yang meminta supaya syarikat penerbangan supaya mengurangkan 40 peratus penerbangan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kesatuan pegawai kawalan trafik udara, SNCTA turut menggesa supaya satu tindakan perindustrian diadakan pada 16 hingga 18 April dan 28 April hingga 2 Mei.

Desakan itu dibuat supaya rundingan dilakukan bagi membincangkan mengenai amalan kerja dan usia persaraan di mana ketika ini ditetapkan 59 tahun untuk pegawai kawalan trafik udara.

Kesatuan SNCTA pada mulanya membuat ancaman untuk melakukan mogok lebih awal tetapi dibatalkan berikutan nahas pesawat Germanwings yang mengorbankan 150 orang. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain