suria

Lapan Tentera Iran Maut Diserang Militan

TEHRAN: Seramai lapan anggota tentera Iran terbunuh selepas diserang kumpulan militan di sempadan Iran-Pakistan pada Selasa.

"Kumpulan pengganas bersenjata telah memasuki Iran dari Pakistan dan membunuh lapan anggota tentera yang menjaga sempadan sebelum lari ke negara jiran berkenaan," kata Timbalan Gabenor Sistan-Baluchistan, Ali Asghar Mirshekari.

Kawasan Pakistan yang bersempadan dengan Iran didakwa sebagai wilayah yang dihuni oleh pengikut Sunnah manakala tentera Iran terdiri daripada Syiah.

Peperangan antara pengikut Sunnah Pakistan dengan tentera Syiah Iran di sempadan berkenaan bermula sejak 2013 dengan mengorbankan seramai 14 penjaga sempadan.

Kumpulan militan berkenaan didakwa daripada kumpulan Jaish-ul Adl (Tentera Keadilan).

Iran, Militan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain