suria

Dua Anggota Polis Cedera Ditembak Lelaki Tidak Dikenali

RIYADH: Lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah menembak dan mencederakan dua anggota peronda polis di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad kata jurucakap polis.

Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap insiden tembakan tersebut yang dipercayai dilepaskan dari sebuah kereta.

Beliau berkata pegawai polis yang cedera itu dirawat di hospital.

Kedua-duanya disahkan berada dalam keadaan stabil.

Pasukan keselamatan Arab Saudi ketika ini dikatakan menjadi sasaran kumpulan militan al-Qaeda dan penyokong kumpulan IS di sekitar negara tersebut.

Mereka juga dikatakan menjadi sasaran beberapa ahli radikal kumpulan minoriti Syiah di sekitar Qatif.

Pihak berkuasa Arab Saudi menasihatkan pasukan keselamatan supaya lebih berwaspada kerana negara itu sedang melancarkan kempen menentang pemberontak Houthi di Yaman. - Reuters

polis, cedera, tembakan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain