suria

Gempa Bumi Kuat Landa Papua New Guinea, Amaran Tsunami Dikeluarkan

SYDNEY: Gempa bumi kuat 7.7 magnitud berlaku di luar pesisir Papua New Guinea dan amaran tsunami dikeluarkan selepas gegaran itu.

Menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak pada kedalaman 33 kilometer berhampiran bandar Rabaul di timur laut Papua New Guinea.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menyatakan ombak tsunami yang merbahaya mungkin melanda pantai yang terletak dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.

Risiko tsunami dijangka hanya terhad di sekitar PNG dan Kepulauan Solomon.

Gempa awal itu disusuli oleh gegaran kecil 5.7 magnitud di kawasan yang sama.




gempa bumi, Papua New Guinea

Artikel Lain