Cendawan Umpama Patung Manusia Kerdil - Dunia | mStar

Cendawan Umpama Patung Manusia Kerdil

Cendawan yang kelihatan seolah-olah membentuk kepala dan memiliki tangan umpama patung manusia.

SEKALI pandang umpama patung manusia, tetapi apabila diamati barulah ia kelihatan seperti cendawan. Itulah spesis terbaharu tumbuhan itu yang ditemui di Norfolk, United Kingdom (UK).

Jonathan Revett dari Cockley Cley bertanggungjawab menemui kulat yang dinamakan geastrum britannicum itu bagi melambangkan keunikan tumbuhan berkenaan di negara berkenaan.

Revett, 49 berkata: "Ia kelihatan umpama cendawan berbentuk orang kerdil. Memang kelihatan pelik bagaimana ia boleh membentuk sedemikian, seolah-olah memiliki kepala dan tangan.

"Bentuknya yang unik menarik perhatian saya."

Walaupun dikesan pada 2000, ia tidak diterima sebagai salah satu spesis kulat yang tumbuh dengan banyaknya di Norfolk.

Bagaimanapun, 15 tahun kemudian, ahli mikologi dari Sepanyol menjalankan ujian DNA terhadap tumbuhan itu dan mengesahkan ia sebahagian spesis cendawan.

Revett yang meminati bidang mikologi telah menjalankan kajian berkaitan kulat sejak lebih 40 tahun dan membangunkan laman web, fenfungi.com.

"Adalah menakjubkan apabila mengetahui saya menemui sesuatu yang baharu berkaitan kulat.

"Kebiasaannya saya tidak akan mempersoalkan pihak pakar tetapi saya dapat rasakan ada suatu keistimewaan pada penemuan ini.

"Malahan, saya akan lokasi penemuan kulat itu setiap tahun dan mendapati ia sentiasa tumbuh di situ.

"Sesuatu yang tidak masuk akal apabila memikirkan saya akan ke tempat sama hanya untuk melihat kawasan yang dipenuhi cendawan pelbagai saiz yang pernah saya temui suatu masa dulu," katanya.

Sejak penemuan itu, tiga lagi spesimen dikumpul sekitar Norfold, malahan ia turut dikesan di Hampshire dan Welsh Borders.

Menurut Pemandu Pelancong dan Hidupan Liar berpangkalan di Norfolk, Carl Champman, ia bukannya sesuatu yang baharu untuk Norfolk, malah dunia.




cendawan , Cockley Cley , Revett , Norfolk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain